Ketika marketing group discussion aku dan rakan borak borak then one of my friend said that dia rasakan dia pernah alami peristiwa itu. Dan dia cakap that was dejavu. Okay from that lah aku ada idea nak tulis tentang dejavu nih. Aku selalu je bila pergi je mana mana mesti rasakan benda tu macam dah jadi tapi bila nak ingat memang tak akan dapat.Sebenarnya selama ini aku tak tahu pun apa itu dejavu. Hanya pernah dengar dari nama filem kot. Thank you to my friend.
Mari sini. Aku nak awak semua ingat balik sepanjang awak semua hidup pernah tak alami perkara yang kita rasa macam dah pernah berlaku ? Ya Allah macam seram pulak kan. Okay okay bukan bermaksud menyeramkan pun. Ini terbukti normal as a human. Kajian menunjukkan bahawa 70 peratus daripada manusia di seluruh dunia alami benda ini. So lagi 30 peratus tu pun normal juga okay cuma dorang tak alami lah benda tersebut.
Ada ulamak mengatakan bahawa manusia dikatakan sudah pun menerima takdir hidupnya sebelum dia dilahirkan. Justeru perjalanan hidupnya telah tersusun kemas. Walau bagaimanapun, manusia mampu membuat pilihan untuk membentuk hidupnya sendiri, dan perjalanan hidup alternatif berdasarkan pilihannya itu juga sebenarnya telah ditulis. Kadang-kala seseorang itu menerima imbasan akan pembentangan perjalanan hidup yang ditunjukkan kepadanya di alam roh.
Faham tak ? Okay macam nih.
1st, Kita tidur.
2nd, Time tuh roh berjumpa kawan lama juju.(korang tahu kan waktu tidur roh berjalan)
3rd, Kita bangun.
4th, Esok atau lusa atau seminggu lepas itu kita berjumpa kawan lama juju.
Maknanya sekarang nih, dejavu nih sebenarnya manusia alami ketika tidur dimana pada masa itu kan roh kita berjalan. Then roh kita pernah melalui benda itu. Dan membawanya ke alam realiti kita. And kalau korang nak tahu dejavu ini boleh membawa kepada psikik. Dimana lebihnya dejavu yang membawa kepada sesorang itu dapat tahu apa akan jadi pada hidupnya.Okay habis sudah, omelan amat dialukan. Ecehhh.
