Sunday, June 20, 2010

SUKMA di Melaka.

Hai semua! Wah lama betul tak update blog nih. Korang semua sihat tak ? Mestilah sihat kan kalau tak takkan korang boleh baca blog ni kan. Kalau korang tak sihat pun aku sarankan baca blog saya ye sebab confirm boleh menyihatkan korang. Bahah over gila. Okay korang semua tahu kan sukan malaysia tahun ini dekat Melaka ? So aku sempatlah menyelitkan diri di majlis pembukaan itu. Wahhh memang best. Paling best sebab sekolah sendiri  masuk lah and jerit betul-betul punya bila nama sekolah disebut. Hahah kelakar betul. Mari tengok gambar pula. Zasss!

 The mascot. Itu kancil bukan tupai. 
 Persembahan bendera. Melaka!hehe(:

 Kontinjen Melaka.(:
Brunei.(:
Pahang.
 Larian baton. Soh Chin Aun ada Mirnawan pon ada. (:

 Perarakan masuk bendera rasmi SUKMA Melaka.
 Wahhh . konfius nak panggil obor ke obor-obor yep ? Hermmm.
 Bacaan ikrar.
Okay gambar yang bawah nih semua persembahan-persembahan.







Friday, May 28, 2010

Imam itu muda.

Cuti mingggu pergi tanjung bidara ,
Assalamualaikum dan hai pembuka bicara.

Okay entah apa punya pantun. Kali ini aku nak cerita pasal rancangan realiti terbaru dan pertama di dunia tak salah aku. Imam muda ? Mesti dah ramai antara kita yang dah tahu tentang program ini kan ? Mana tidaknya sana sini situ duk heboh tentang program ini. Agak kurang kita lihat di television Malaysia menyiarkan rancangan berbentuk sebegini mana tidaknya boleh dikatakan semua rancangan realiti hari ini mengenai nak jadi artis dan segala macam. Its a good news to hear about this program. Untuk yang tiada astro cepat pergi beli sekarang kalau tak rugi okay. Okay astro, hangpa boleh bayar royalty lebih untuk aku nanti. Hehe.
Mari sini aku ceritakan sedikit tentang imam muda ini. Tajuk pun imam muda kan  so semestinya yang muda-muda sahaja pesertanya . Tak penting pun itu. Okay Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang serba boleh dan terbaik di Malaysia. Peserta semua akan diberi tunjuk ajar selama 3 tahun bulan.

Okay nak tahu apa ganjarannya ? Mereka yang terpilih menjadi imam muda ini akan dapat wang tunai RM 20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro! Ohh tak menarik ye hadiah ? Nanti dulu ada lagi okay pemenang juga akan dapat pakej menunaikan haji secara percuma berserta sebuah kereta! Tak puas hati juga ? Okay bagi yang paling best lah iaitu penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Madinah dan yang paling penting juara akan ditawarkan jawatan sebagai imam di sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan. Haa kan dah tergamam. Hahah.

Aku nak cakap sedikit mengenai pengetua imam muda ini pula. Aku rasa kagum betul dengannya iaitu Ustaz Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz. Cara dia cakap di tv wahh buat aku bertambah kagum. Bila iklan dia muncul aku takkan lepas. Ingat lagi ayat dia cakap sebuah program yang bakal memecah tradisi mambentuk imam beridentiti. Wahh best betul. Hee


Okay mengenai waktu siarannya pula. Imam Muda Kapsul akan disiarkan pada hari isnin hingga khamis jam 6.55 petang ulangan pada jam 11 malam. Rancangan ini memaparkan kelas-kelas yang telah mereka hadiri you know like a diary or a journal. Hahah itu ayat Hanis Zalikha. Selain itu ada juga Imam Muda pada hari jumaat jam 9 malam ini merupakan rancangan penentuan prestasi semua calon selepas melalui praktikal dan ujian berdasarkan tema setiap minggu. Akhir sekali ia disiarkan serentak di 3 saluran astro iaitu astro ria, oasis, prima dan @15.

Wednesday, May 26, 2010

Berehat sebentar bersama saya.

 Mari teka apa entry pada kali ini,
Besar punya! Tahu tak tahu tak ? Okay masih tak tahu lagi beri yang ini pula kelapa dan orked, saya nak balik duit saya. Okay tahu dah ? Haha kelakar betul. Nampak kan how strong effect of commercials to us.

OHH aku suka betul tengok iklan sampaikan kalau tak puas hati tengok iklan dekat television aku mesti pergi tengok sendiri dekat youtube dan metacafe segala bagai. Heh. Semua iklan yang best mesti aku tak akan miss dan mesti tahu punya. Ecehh yang best je okay. Kenapa tak tv dekat Malaysia nih buat satu rancangan yang semuanya iklan je kan ? How cool ? Hahah sorry kepada yang tak suka iklan habis aku kena nanti nih. The one yang aku tahu tak suka iklan ofcourse my brother time iklan muncul je dia kata cepat tutup tv.Gembira tak terhingga rasanya kalau dia pergi keluar dengan kawan-kawan dan aku dapat tengok iklan puas-puas.Hahah annoying betul.

Korang tahu tak iklan ini sebenarnya terbukti dapat membuatkan seseorang lupakan masalah dan tekanan yang dihadapi , ini terbukti dengan hasil kaji selidik yang dilakukan oleh pakar-pakar. Okay tak juga dinafikan iklan ada buruknya dimana ia mempengaruhi budak kecik Hehe. Satu je aku bagi keburukan tak boleh lebih-lebih kutuk iklan yang aku minat. Tehee.

Mari kita lupakan dan ringankan kepala kita dengan benda benda yang melucukan dan menggembirakan hati kita.I mean why not you all see this video. Ini antara iklan yang sungguh best. Mari tengok.



Okay ini iklan twisties mesti mauuuu. Best okay. Lagu dia aku dah hafal. Ohh masuk exam sejarah korang ini, cepat semua hafal. Hee



 OHH so random aku terjumpa pula iklan ini. So aku ambil je. Iklan ini famous time dulu-dulu. Kelakar kan ?



Hahah. Best.(:

Monday, May 24, 2010

Dejavu bukan dejamu.

Ketika marketing group discussion aku dan rakan borak borak then one of my friend said that dia rasakan dia pernah alami peristiwa itu. Dan dia cakap that was dejavu. Okay from that lah aku ada idea nak tulis tentang dejavu nih. Aku selalu je bila pergi je mana mana mesti  rasakan benda tu macam dah jadi tapi bila nak ingat memang tak akan dapat.Sebenarnya selama ini aku tak tahu pun apa itu dejavu. Hanya pernah dengar dari nama filem kot. Thank you to my friend.  

Mari sini. Aku nak awak semua ingat balik sepanjang awak semua hidup pernah tak alami perkara yang kita rasa macam dah pernah berlaku ? Ya Allah macam seram pulak kan. Okay okay bukan bermaksud menyeramkan pun. Ini terbukti normal as a human. Kajian menunjukkan bahawa 70 peratus daripada manusia di seluruh dunia alami benda ini. So lagi 30 peratus tu pun normal juga okay cuma dorang tak alami lah benda tersebut.

Ada ulamak mengatakan bahawa manusia dikatakan sudah pun menerima takdir hidupnya sebelum dia dilahirkan. Justeru perjalanan hidupnya telah tersusun kemas. Walau bagaimanapun, manusia mampu membuat pilihan untuk membentuk hidupnya sendiri, dan perjalanan hidup alternatif berdasarkan pilihannya itu juga sebenarnya telah ditulis. Kadang-kala seseorang itu menerima imbasan akan pembentangan perjalanan hidup yang ditunjukkan kepadanya di alam roh.

Faham tak ? Okay macam nih.
1st, Kita tidur.
2nd, Time tuh roh berjumpa kawan lama juju.(korang tahu kan waktu tidur roh berjalan)
3rd, Kita bangun.
4th, Esok atau lusa atau seminggu lepas itu kita berjumpa kawan lama juju.

Maknanya sekarang nih, dejavu nih sebenarnya manusia alami ketika tidur dimana pada masa itu kan roh kita berjalan. Then roh kita pernah melalui benda itu. Dan membawanya ke alam realiti kita. And kalau korang nak tahu dejavu ini boleh membawa kepada psikik. Dimana lebihnya dejavu yang membawa kepada sesorang itu dapat tahu apa akan jadi pada hidupnya.Okay habis sudah, omelan amat dialukan. Ecehhh.